Friday, November 20, 2009

Interaktifkan Pendengaran Versi Melayu

Salam Barakah.. Moga Allah memberkati perjalanan hidup kita selamanya. Ameen~~ Sukalah saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik bersama anda di dalam blog ini dengan niat menyampaikan kerana Allah. Bukan ingin mengajar, tetapi sekadar pengetahuan yang positif untuk perkongsian bersama. Tapi, tentang apa yer??

Interaktifkan Pendengaran

Prinsip dengan menggunakan interaktiviti yang kreatif sebagai pembangun ini tidak terhad pada permainan komputer atau ruangan bual ‘chatting’. Setelah kita sedar sepenuhnya mengenai prinsip ini, kita dapat menemukan cara untuk menjadi lebih interaktif di mana-mana. Bahkan kita boleh membuat perbualan dengan keluarga dan kawan-kawan kita lebih interaktif daripada dulu.

Kita semua pasti mempunyai rakan rapat tertentu atau ahli keluarga yang kita anggap sebagai televisyen kita. Ketika mereka berbicara kepada kita, tentunya akan terbit perasaan bahawa kita sudah tahu apa yang mereka akan katakan atau sampaikan. Hal ini akan menurunkan tingkat kesedaran kita sendiri, dan suatu bentuk kemalasan mental terjadi.

Sedangkan sebelum ini kita mungkin hanya secara pasif mengharap melalui monolog orang lain, dan sekarang kita boleh mula memperkenalkan lebih interaktiviti yang efektif. Di masa lalu, mungkin kita pernah melalui saat yang begitu mengantuk bila mendengar sesuata kata-kata dan frasa di dalam perbualan atau apa-apa yang berbentuk interaksi. Tetapi ini lah pendekatan pasif untuk merubah diri kita dan orang lain dalam jangka masa yang singkat melalui pendengaran.

Ketika kita mendengar, itu mencipta kita, membuat kita terungkap dan memperluaskan. Idea-idea sebenarnya mulai tumbuh dalam diri kita dan hidup kembali.

Kita juga boleh lontarkan pelbagai soalan yang bernas, dan membuatkan interaksi yang positif dalam perbualan umpamanya. Carilah peluang untuk interaktiviti untuk memotivasi diri anda ke tahap pengalaman yang lebih tinggi.

p/s : urmm, apa pendapat anda? =)
Jom fikir2kan. Jadilah pendengar yang setia.

Credit to this post

Tuesday, November 17, 2009

Try Interactive Listening

Salam Barakah.. May Allah bless our life. Today, I want to share to all of you about something. Its very nice for our knowledgement and good information to refresh, but what the topic? Do you see the topic header at this post. Yeahh, I want share about it.

Try Interactive Listening

The principle of using interactivity as a creativity builder is not restricted to computer games or chat rooms. Once we become fully conscious of this principle, we can find ways to become more interactive everywhere. We can even make conversations with our family and friends more interactive than they once were.

We all have certain business associates or family members that we think of as we do television sets. As they speak to us, we have a feeling that we already know what they're going to say. This lowers our own consciousness level, and a form of mental laziness sets in.

Whereas in the past we might have just passively suffered through other people's monologues, we can now begin introducing more interactivity. In the past we might have punctuated our sleepy listening with meaningless words and phrases, such as 'exactly' and 'there you go,' but we weren't truly listening. but that passive approach shortchanges ourselves and the people we are listening to.

"When we are listened to," say Brenda Ueland, "it creates us, make us unfold and expand. Ideas actually begin to grow within us and come to life."

The more thoughtful our questions get to be, the more interactive the conversations. Look for opportunities for interactivity to motivate yourself to higher levels of experience.

p/s: Now, whats your oponion. =)
Let think together. It just one of 100 ways to motivate yourself.

Get Malay version here

Sunday, November 15, 2009

Final exam - episode 1

Salam sejahtera sume..Alhamdulillah, habis jugak final exam semester pertama Usim. Habis dah?? Wah, begitu cepat dan pantas sekali masa berlalu..Rasa macam baru smlm j daftar masuk Usim ni..Tau2 dah exam..Mungkin terlalu sibuk dgn pelbagai kerja2 campus termasuk assignment, presentation, mid term dan sebagainya hingga tak sedar tiba hari final exam..

Hari2 yang menyelarukan~~

Dah penat fikir untuk exam, study discussion & berhempas pulas (huh, berhempas k?? maen j banyak) hehe ~ apa pun, dah cuba yang terbaik. Doa, tawakkal, sabar menanti pointer ~huhu, takott!! Nasib baik amek 4 paper jer dari 7 paper. Yang lain dah drop so ringan ckit, tp dah drop pun malas lagi, Astaghfirullahal a’zim, nak jd apa la??

Jangan Malas-malas!!! Kena banyakkan membaca..

Paling best bincang TITAS.. bincang soalan spot kononnyer.. Lepas 5 minit, sembang ~~ hahaha ~~ Bila exam takda keluar soalan spot pun..melopong =O alahai ~ Lucu2..=D


Hurmm, untuk final exam haritu rasanya ok walaupun jawapan essay tu digoreng dgn minyak cap buruh..hehe..harapnya dapat lah juga mark..

Perasaan first time exam kat university??

Baik..Pastinya mengharapkan perasaan yang mengujakan.. Hurmmm, tp masa exam tu ok j sebab exam tu sama macam masa exam kat DQ dulu, so tak dapat lah perasaan yg luar biasa..Cuma suasana j lain ckit..first paper mcm biasa la kan, gelabah + gabra..hehe

Overall, aku doakan sume member2 aku yg nak amek exam, yg akan amek exam, yg tgh exam dapat yang terbaik..Doakan sama-sama..Chaiyok2..
Selamat tinggal sem 1 Usim..sob3

lepas exam, lepas tension kat fun fair berdekatan ~

Saturday, November 7, 2009

Belajar kerana Allah


Sekitar pertengahan bulan September 2009, ramai antara rakan-rakan Aqrab, Darul Quran yang menyambung pengajian mereka ke Mesir, Jordan, Syria & Indonesia..Saya pon sambung belaja gak tapi kat dalam jer n yg penting blajar. Towl tak?? heheh

Tentunya perasaan yang luar biasa bagi mereka yg pergi ke sana. Dalam kesempatan itu, dapat juga merakamkan beberapa gmbar tika suasana itu berlaku. Agak syahdu mahdu gak la..heheheh..

Terpapar wajah2 harapan ayah bonda yang menantikan 'sesuatu' dari pencarian anaknya. Semestinya harapan itu tinggi menggunung diletakkan di bahu2 mereka dan harapan itu juga menjadi sebuah doa yg sentiasa mekar di hati insan2 yang bernama ayah bonda. Semoga kalian tabah dalam menghadapi cabaran2 yg semestinya mendatang selama berada di negara orang & pulang sebagai pewaris addin yg menegakkan hak dan meruntuhkan yg batil dan kemungkaran seperti mana yg telah berlaku di negara kita, InsyaAllah..Ameen~~

Sabar + Usaha + Doa + Tawakkal = InsyaAllah, Allah beri mudah..

Meminjam sedikit kata2 dari seorang sahabiah:

"Ayuh berjuang meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pelajar di samping menaikkan martabat Islam di mata dunia. Sahabat2ku, jgn kau mudah menyerah kalah. Teruskan perjuangan kalian walau dimana sekalipun kita berada...kita adalah muslimin dan muslimat harapan agama, x pernah mengenal erti penat dalam menuntut ilmu. semoga gelaran syuhada' yang kita kejar selama ni menjadi milik kita bersama..Belajar kerana Allah kerana belajar juga adalah satu jihad.."

Monday, October 26, 2009

'Pseudo Science' Dalam Kajian Solat

Salam..Dah lama rasanya tak mengupdate blog ini, tapi baru2 ini saya ada terbaca satu artikel daripada Nasyrah Mingguan bertajuk seperti yg tertera di atas. Inginlah saya berkongsi dgn anda mengenai artikel ini, harap kita sama2 fikirkan dan renungkan apa yg terkandung. Sekadar informasi untuk berfikir..
Baru-baru ini suatu kajian telah dicadangkan untuk mengkaji kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan individu muslim yang mengerjakannya. Ianya akan dilakukan oleh Jabatan Bioperubatan Universiti Malaya. Daripada kajian awal, dikatakan bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam solat itu dapat memerikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Bahkan apabila kajian itu siap, ia dikatakan mampu untuk menjadi satu kaedah berdakwah yang berkesan dalam mendidik umat Islam mengenai perlaksanaan tiang kedua rukun Islam ini.
Berita seumpama ini bukanlah suatu yang baru atau suatu berita yang menggemparkan. kita sering mendengar tentang kajian saintifik yang dilakukan ke atas orang yang berpuasa dan segala kebaikan yang diperolehi dari amalan tersebut. Para ulama dan cendekiawan kita juga tak pernah hais membincangkan tentang penemuan saintifik sejenis kuman atau virus yang terdapat pada babi. Begitulah perbincangan demi perbincangan dilakukan ke atas beberapa amalan-amalan ibadat tertentu untuk digali segala kebaikan saintifik darinya untuk dibuat kesimpulan seperti, "Lihat! Inilah kebaikan-kebaikan yang ada di dalam ibadat ini dan itu, sebab itu Allah memerintahkannya." atau kesimpulan lain seperti, "inilah hikmah mengapa Allah mewajibkan atau mengharamkan perkara ini." Sautun Nahdhah kali ini akan mengajak pembaca untuk menilai kembali akan kebenaran kenyataan-kenyataan di atas agar kita tidak terjerumus melakukan perkara yang tidak diperintahkan oleh Allah s.w.t....Sama-sama lah kita renungkan betapa hebatnya di sebalik hikmah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t..Wallahu 'alam..

Saturday, August 22, 2009

Konvokesyen di Darul Quran 2009..

8 August 09, Sabtu.. merupakan detik manis bagi graduan-graduan yang menerima diploma tahfiz al-Quran di Dewan Muktamar Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Baru, sebuah pekan yang begitu permai terletak di Hulu Selangor. Penulis juga adalah salah seorang bekas siswa yang pernah menuntut di bumi barakah Darul Quran 06-09, juga penerima diploma pada hari bersejarah itu. teringat balik masa mula-mula masuk dq dulu, terasa payah nak lalui kehidupan di DQ dgn cabaran-cabaran yg dilalui sepanjang bergelar hamlatulquran, adakala diri ini kalah dgn cabaran-cabaran itu..namun aku hanya manusia biasa..moga segala ilmu-ilmu yang sempat digali dari bumi itu dapat diaplikasikan dengan jayanya, InsyaAllah..Ku ingin mencari 'mardhotillah'..dan hingga kini sentiasa mencari..Ya Rahim~~ampunkan dosa-dosaku..Thanks Allah..=)

Rasa berat sebenarnya nak tinggalkan DQ, nak tggalkan kwn2 lagi la berat but the life must be continue..Duduk kat DQ mmg best. Tenang la kalau nak dibandingkan dok kat KL..hehe..Hari-hari baca Quran, belaja qiraat. Pastinya ketenangan yg luar biasa.
Teringat pulak kat kawan2 bdk lorong..heheh..
Tunggu masa nak reunion..see you all again..=)

Sunday, May 3, 2009

Takrif Qiraat

Pengertian Qiraat:
Al-Qiraat adalah kata himpun (jamak) dari perkataan Qiraah iaitu perkataan Arab.
Al-Qiraat -
- Dari segi bahasa bererti bacaan-bacaan.
- Dari segi istilah ialah satu ilmu untuk mengetahui cara membaca kalimah-kalimah al-Quran sama ada bacaan tebal atau nipis, panjang atau pendek sehinggalah kepada perbezaan sebutan huruf pada lafaz-lafaz al-Quran itu sendiri.

Sebagaimana al-Quran, begitu juga dengan al-Qiraat. Ia diturunkan dengan lafaz dan nasnya. Ia diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Rasulullah S.A.W dan disampaikan kepada kita beserta dengan cara-cara membacanya bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. perbezaan bacaan menurut rawi-rawi adalah bersandarkan kepada sanad yang sahih yang sampai kepada Rasulullah S.A.W.

Hubungan al-Quran dengan Qiraat:
Menurut pendapat Imam Badruddin Az-Zarkasyi di dalam kitab Al-Burhan, al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza. Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi mukjizat penerangan, sedangkan Qiraat pula adalah perbezaan dari segi lafaz sebutan wahyu dan bagaimana cara membaca dengan wajah-wajahnya yang tersendiri. Ia mestilah diambil secara talaqi dan musyafahah. Pendapat ini disokong oleh sesetengah ulamak seperti al-Qastilaani dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Dimyaati.

Menurut pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula, al-Quran dan al-Qiraat itu adalah dua hakikat yang satu. Ini berdasarkan kepada pengertian al-Quran dan Qiraat yang sama dari ambilan masdar - (Qiraah)

Tujuan:
Tujuan utama penulis menulis artikel mengenai ilmu Qiraat ini ialah supaya dapat mengembangkan lagi ilmu Qiraat kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak akan keliru lagi atau timbul perselisihan faham antara satu sama lain mengenai pembacaan al-Quran malah dapat menarik minat masyarakat untuk memahami serta mempelajari ilmu Qiraat ini. Seperti yang sebelum ini pernah berlaku di Malaysia, apabila seseorang imam yang telah belajar qiraat membawakan bacaan qiraat di dalam solat, antaranya qiraat-qiraat yang jarang atau langsung tidak penah didengar oleh jemaah, kemudian ada jemaah yang menuduh imam tersebut membaca ayat al-Quran dengan tidak mengikut tajwid dan banyak lagi kata-kata salah sangka yang dilemparkan kepada imam itu. Jelas sekali terdapat sebilangan masyarakat yang begitu cetek pengetahuannya dalam ilmu ini dan perlu diberi pendedahan. Ustaz saya pernah beritahu, ilmu ini antara ilmu yang kian pupus. Jadi, dengan adanya blog ini, harap ianya dapat menjadi satu pendekatan kepada masyarakat yang hendak memahami apa itu qiraat. Qiraat ini adalah daripada Rasulullah s.a.w. Terdapat juga masyarakat-masyarakat pada zaman Rasulullah yang membaca al-Quran dengan Qiraat yang mereka pelajari berbeza dengan masyarakat lain sehingga perkara ini menimbulkan salah faham yang besar dan ada di antara mereka yang berkata sesama mereka ''bacaan aku lebih baik dari kamu" seterusnya perkara ini membawa perbalahan yang besar. Begitulah pentingnya untuk kita mengetahui ilmu Qiraat ini.

Faedah:
Dengan terbinanya blog ini harap ianya dapat memberi sumber rujukan kepada saya, para pengunjung blog dan juga sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai ilmu Qiraat. Ini kerana saya masih baru dan masih banyak yang perlu dipelajari seadanya, blog ini bakal membantu saya untuk mengingati apa yang telah dipelajari dan seterusnya beramal dengannya... InsyaAllah.

Ilmu Qiraat juga menyeronokkan, oleh itu sukalah saya ingin berkongsi keistimewaan ini dengan masyarakat umum. Jika ada yang ingin membantu, sangat-sangat dialukan. Sekian, Wassalam... Wallahualam...


Copyright © 2009 HamlatulQuran. By Admin.