Monday, October 26, 2009

'Pseudo Science' Dalam Kajian Solat

Salam..Dah lama rasanya tak mengupdate blog ini, tapi baru2 ini saya ada terbaca satu artikel daripada Nasyrah Mingguan bertajuk seperti yg tertera di atas. Inginlah saya berkongsi dgn anda mengenai artikel ini, harap kita sama2 fikirkan dan renungkan apa yg terkandung. Sekadar informasi untuk berfikir..
Baru-baru ini suatu kajian telah dicadangkan untuk mengkaji kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan individu muslim yang mengerjakannya. Ianya akan dilakukan oleh Jabatan Bioperubatan Universiti Malaya. Daripada kajian awal, dikatakan bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam solat itu dapat memerikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Bahkan apabila kajian itu siap, ia dikatakan mampu untuk menjadi satu kaedah berdakwah yang berkesan dalam mendidik umat Islam mengenai perlaksanaan tiang kedua rukun Islam ini.
Berita seumpama ini bukanlah suatu yang baru atau suatu berita yang menggemparkan. kita sering mendengar tentang kajian saintifik yang dilakukan ke atas orang yang berpuasa dan segala kebaikan yang diperolehi dari amalan tersebut. Para ulama dan cendekiawan kita juga tak pernah hais membincangkan tentang penemuan saintifik sejenis kuman atau virus yang terdapat pada babi. Begitulah perbincangan demi perbincangan dilakukan ke atas beberapa amalan-amalan ibadat tertentu untuk digali segala kebaikan saintifik darinya untuk dibuat kesimpulan seperti, "Lihat! Inilah kebaikan-kebaikan yang ada di dalam ibadat ini dan itu, sebab itu Allah memerintahkannya." atau kesimpulan lain seperti, "inilah hikmah mengapa Allah mewajibkan atau mengharamkan perkara ini." Sautun Nahdhah kali ini akan mengajak pembaca untuk menilai kembali akan kebenaran kenyataan-kenyataan di atas agar kita tidak terjerumus melakukan perkara yang tidak diperintahkan oleh Allah s.w.t....Sama-sama lah kita renungkan betapa hebatnya di sebalik hikmah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t..Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Assalaamu'alaikum w.b.t....... hehe lama x nampak mengupdate yer. Apa kabar bro? Moga sihat dan bahagia sentiasa selamanya insyaAllah

    Mmm bagus kajian tu, baru nak buat yer kat Malaysia. X per la, lebih baik dari x buat langsung keh3. Semoga nnt dapat jadi bahan bantuan berdakwah, agar dapat dilakukan bilhikmah

    saudara jadi imam kat mana sekarang?

    baarokallahu lakum :)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam, hehe..sihat selalu hendaknye..sekarang saya dah tak jd imam, dah sambung belajar di USIM (pengajian Quran Sunnah)4 tahun, InsyaAllah tahun 2012 tamat pengajian..doakan yer..

    Syukran 'ala kulli hal..=)

    ReplyDelete