Sunday, May 3, 2009

Takrif Qiraat

Pengertian Qiraat:
Al-Qiraat adalah kata himpun (jamak) dari perkataan Qiraah iaitu perkataan Arab.
Al-Qiraat -
- Dari segi bahasa bererti bacaan-bacaan.
- Dari segi istilah ialah satu ilmu untuk mengetahui cara membaca kalimah-kalimah al-Quran sama ada bacaan tebal atau nipis, panjang atau pendek sehinggalah kepada perbezaan sebutan huruf pada lafaz-lafaz al-Quran itu sendiri.

Sebagaimana al-Quran, begitu juga dengan al-Qiraat. Ia diturunkan dengan lafaz dan nasnya. Ia diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Rasulullah S.A.W dan disampaikan kepada kita beserta dengan cara-cara membacanya bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. perbezaan bacaan menurut rawi-rawi adalah bersandarkan kepada sanad yang sahih yang sampai kepada Rasulullah S.A.W.

Hubungan al-Quran dengan Qiraat:
Menurut pendapat Imam Badruddin Az-Zarkasyi di dalam kitab Al-Burhan, al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza. Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi mukjizat penerangan, sedangkan Qiraat pula adalah perbezaan dari segi lafaz sebutan wahyu dan bagaimana cara membaca dengan wajah-wajahnya yang tersendiri. Ia mestilah diambil secara talaqi dan musyafahah. Pendapat ini disokong oleh sesetengah ulamak seperti al-Qastilaani dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Dimyaati.

Menurut pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula, al-Quran dan al-Qiraat itu adalah dua hakikat yang satu. Ini berdasarkan kepada pengertian al-Quran dan Qiraat yang sama dari ambilan masdar - (Qiraah)

Tujuan:
Tujuan utama penulis menulis artikel mengenai ilmu Qiraat ini ialah supaya dapat mengembangkan lagi ilmu Qiraat kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak akan keliru lagi atau timbul perselisihan faham antara satu sama lain mengenai pembacaan al-Quran malah dapat menarik minat masyarakat untuk memahami serta mempelajari ilmu Qiraat ini. Seperti yang sebelum ini pernah berlaku di Malaysia, apabila seseorang imam yang telah belajar qiraat membawakan bacaan qiraat di dalam solat, antaranya qiraat-qiraat yang jarang atau langsung tidak penah didengar oleh jemaah, kemudian ada jemaah yang menuduh imam tersebut membaca ayat al-Quran dengan tidak mengikut tajwid dan banyak lagi kata-kata salah sangka yang dilemparkan kepada imam itu. Jelas sekali terdapat sebilangan masyarakat yang begitu cetek pengetahuannya dalam ilmu ini dan perlu diberi pendedahan. Ustaz saya pernah beritahu, ilmu ini antara ilmu yang kian pupus. Jadi, dengan adanya blog ini, harap ianya dapat menjadi satu pendekatan kepada masyarakat yang hendak memahami apa itu qiraat. Qiraat ini adalah daripada Rasulullah s.a.w. Terdapat juga masyarakat-masyarakat pada zaman Rasulullah yang membaca al-Quran dengan Qiraat yang mereka pelajari berbeza dengan masyarakat lain sehingga perkara ini menimbulkan salah faham yang besar dan ada di antara mereka yang berkata sesama mereka ''bacaan aku lebih baik dari kamu" seterusnya perkara ini membawa perbalahan yang besar. Begitulah pentingnya untuk kita mengetahui ilmu Qiraat ini.

Faedah:
Dengan terbinanya blog ini harap ianya dapat memberi sumber rujukan kepada saya, para pengunjung blog dan juga sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai ilmu Qiraat. Ini kerana saya masih baru dan masih banyak yang perlu dipelajari seadanya, blog ini bakal membantu saya untuk mengingati apa yang telah dipelajari dan seterusnya beramal dengannya... InsyaAllah.

Ilmu Qiraat juga menyeronokkan, oleh itu sukalah saya ingin berkongsi keistimewaan ini dengan masyarakat umum. Jika ada yang ingin membantu, sangat-sangat dialukan. Sekian, Wassalam... Wallahualam...


Copyright © 2009 HamlatulQuran. By Admin.

6 comments:

  1. Salaam. pakar bacaan AlQuran rupanya alhamdulillah. mabruk bro, teruskan perjuangan menyebarkan ilmu yg amat bermanfaat ini, boleh saya tumpang sekali, masih tak mahir ilmu qiraah sampai skrg ni keh3

    Semoga blog ini terus maju dan diberkati, Allah ma'ak ya akhi

    saya dah add link blog saudara kat blog saya yg satu lg , kat ruangan link blog sahabat kat tepi tu

    http://hikmatun.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. boleh anda bagi potongan ayat alquran dan al hadith mengenai kepentingan ilmu ini? jika anda ambil dari buku, berikan judul buku dan penulisnya sekali... tq.

    ReplyDelete
  3. salam tuan guru,
    ana sedang menyiapkan tugasan ilmu qiraat, iaitu :
    Ilmu Qiraat adalah salah satu daripada Ulum Al-Quran.
    Berkaitan dengan penyataan di atas,
    a) Bincangkan sejarah perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia dengan mengambil kira
    peranan institusi-institusi yang terlibat.
    (15 markah)
    b) Bincangkan peranan ilmu Qiraat dalam pemahaman Al-Quran.
    (10 markah)
    c) Setiap Imam Qiraat mempunyai usul, huraikan DUA usul daripada tujuh imam Qiraat.
    (10 markah)

    boleh ustaz cadangkan rujukan yg boleh ana cari bagi menyiapkan tugasan ini..

    ini email ana : hangwira@gmail.com

    syukran .

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ziarah blog ini, dah lama tak mengupdate..insyaAllah, blog ni akan terus ada..

    ReplyDelete
  5. salamalaik..tahniah, boleh bagi tunjuk ajar pada ana @ mklumat mngnai Imam Ibnu Mujahid..

    ReplyDelete
  6. salam.. maaf boleh saya minta bantuan.. cadangkan buku buku rujukan qiraat..saya tengah buat kajian master.. mohon bantuan email ke aniqah_azlan@yahoo.com

    ReplyDelete