Monday, October 26, 2009

'Pseudo Science' Dalam Kajian Solat

Salam..Dah lama rasanya tak mengupdate blog ini, tapi baru2 ini saya ada terbaca satu artikel daripada Nasyrah Mingguan bertajuk seperti yg tertera di atas. Inginlah saya berkongsi dgn anda mengenai artikel ini, harap kita sama2 fikirkan dan renungkan apa yg terkandung. Sekadar informasi untuk berfikir..
Baru-baru ini suatu kajian telah dicadangkan untuk mengkaji kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan individu muslim yang mengerjakannya. Ianya akan dilakukan oleh Jabatan Bioperubatan Universiti Malaya. Daripada kajian awal, dikatakan bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam solat itu dapat memerikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Bahkan apabila kajian itu siap, ia dikatakan mampu untuk menjadi satu kaedah berdakwah yang berkesan dalam mendidik umat Islam mengenai perlaksanaan tiang kedua rukun Islam ini.
Berita seumpama ini bukanlah suatu yang baru atau suatu berita yang menggemparkan. kita sering mendengar tentang kajian saintifik yang dilakukan ke atas orang yang berpuasa dan segala kebaikan yang diperolehi dari amalan tersebut. Para ulama dan cendekiawan kita juga tak pernah hais membincangkan tentang penemuan saintifik sejenis kuman atau virus yang terdapat pada babi. Begitulah perbincangan demi perbincangan dilakukan ke atas beberapa amalan-amalan ibadat tertentu untuk digali segala kebaikan saintifik darinya untuk dibuat kesimpulan seperti, "Lihat! Inilah kebaikan-kebaikan yang ada di dalam ibadat ini dan itu, sebab itu Allah memerintahkannya." atau kesimpulan lain seperti, "inilah hikmah mengapa Allah mewajibkan atau mengharamkan perkara ini." Sautun Nahdhah kali ini akan mengajak pembaca untuk menilai kembali akan kebenaran kenyataan-kenyataan di atas agar kita tidak terjerumus melakukan perkara yang tidak diperintahkan oleh Allah s.w.t....Sama-sama lah kita renungkan betapa hebatnya di sebalik hikmah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t..Wallahu 'alam..

Saturday, August 22, 2009

Konvokesyen di Darul Quran 2009..

8 August 09, Sabtu.. merupakan detik manis bagi graduan-graduan yang menerima diploma tahfiz al-Quran di Dewan Muktamar Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Baru, sebuah pekan yang begitu permai terletak di Hulu Selangor. Penulis juga adalah salah seorang bekas siswa yang pernah menuntut di bumi barakah Darul Quran 06-09, juga penerima diploma pada hari bersejarah itu. teringat balik masa mula-mula masuk dq dulu, terasa payah nak lalui kehidupan di DQ dgn cabaran-cabaran yg dilalui sepanjang bergelar hamlatulquran, adakala diri ini kalah dgn cabaran-cabaran itu..namun aku hanya manusia biasa..moga segala ilmu-ilmu yang sempat digali dari bumi itu dapat diaplikasikan dengan jayanya, InsyaAllah..Ku ingin mencari 'mardhotillah'..dan hingga kini sentiasa mencari..Ya Rahim~~ampunkan dosa-dosaku..Thanks Allah..=)

Rasa berat sebenarnya nak tinggalkan DQ, nak tggalkan kwn2 lagi la berat but the life must be continue..Duduk kat DQ mmg best. Tenang la kalau nak dibandingkan dok kat KL..hehe..Hari-hari baca Quran, belaja qiraat. Pastinya ketenangan yg luar biasa.
Teringat pulak kat kawan2 bdk lorong..heheh..
Tunggu masa nak reunion..see you all again..=)

Sunday, May 3, 2009

Takrif Qiraat

Pengertian Qiraat:
Al-Qiraat adalah kata himpun (jamak) dari perkataan Qiraah iaitu perkataan Arab.
Al-Qiraat -
- Dari segi bahasa bererti bacaan-bacaan.
- Dari segi istilah ialah satu ilmu untuk mengetahui cara membaca kalimah-kalimah al-Quran sama ada bacaan tebal atau nipis, panjang atau pendek sehinggalah kepada perbezaan sebutan huruf pada lafaz-lafaz al-Quran itu sendiri.

Sebagaimana al-Quran, begitu juga dengan al-Qiraat. Ia diturunkan dengan lafaz dan nasnya. Ia diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Rasulullah S.A.W dan disampaikan kepada kita beserta dengan cara-cara membacanya bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. perbezaan bacaan menurut rawi-rawi adalah bersandarkan kepada sanad yang sahih yang sampai kepada Rasulullah S.A.W.

Hubungan al-Quran dengan Qiraat:
Menurut pendapat Imam Badruddin Az-Zarkasyi di dalam kitab Al-Burhan, al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza. Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi mukjizat penerangan, sedangkan Qiraat pula adalah perbezaan dari segi lafaz sebutan wahyu dan bagaimana cara membaca dengan wajah-wajahnya yang tersendiri. Ia mestilah diambil secara talaqi dan musyafahah. Pendapat ini disokong oleh sesetengah ulamak seperti al-Qastilaani dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Dimyaati.

Menurut pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula, al-Quran dan al-Qiraat itu adalah dua hakikat yang satu. Ini berdasarkan kepada pengertian al-Quran dan Qiraat yang sama dari ambilan masdar - (Qiraah)

Tujuan:
Tujuan utama penulis menulis artikel mengenai ilmu Qiraat ini ialah supaya dapat mengembangkan lagi ilmu Qiraat kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak akan keliru lagi atau timbul perselisihan faham antara satu sama lain mengenai pembacaan al-Quran malah dapat menarik minat masyarakat untuk memahami serta mempelajari ilmu Qiraat ini. Seperti yang sebelum ini pernah berlaku di Malaysia, apabila seseorang imam yang telah belajar qiraat membawakan bacaan qiraat di dalam solat, antaranya qiraat-qiraat yang jarang atau langsung tidak penah didengar oleh jemaah, kemudian ada jemaah yang menuduh imam tersebut membaca ayat al-Quran dengan tidak mengikut tajwid dan banyak lagi kata-kata salah sangka yang dilemparkan kepada imam itu. Jelas sekali terdapat sebilangan masyarakat yang begitu cetek pengetahuannya dalam ilmu ini dan perlu diberi pendedahan. Ustaz saya pernah beritahu, ilmu ini antara ilmu yang kian pupus. Jadi, dengan adanya blog ini, harap ianya dapat menjadi satu pendekatan kepada masyarakat yang hendak memahami apa itu qiraat. Qiraat ini adalah daripada Rasulullah s.a.w. Terdapat juga masyarakat-masyarakat pada zaman Rasulullah yang membaca al-Quran dengan Qiraat yang mereka pelajari berbeza dengan masyarakat lain sehingga perkara ini menimbulkan salah faham yang besar dan ada di antara mereka yang berkata sesama mereka ''bacaan aku lebih baik dari kamu" seterusnya perkara ini membawa perbalahan yang besar. Begitulah pentingnya untuk kita mengetahui ilmu Qiraat ini.

Faedah:
Dengan terbinanya blog ini harap ianya dapat memberi sumber rujukan kepada saya, para pengunjung blog dan juga sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai ilmu Qiraat. Ini kerana saya masih baru dan masih banyak yang perlu dipelajari seadanya, blog ini bakal membantu saya untuk mengingati apa yang telah dipelajari dan seterusnya beramal dengannya... InsyaAllah.

Ilmu Qiraat juga menyeronokkan, oleh itu sukalah saya ingin berkongsi keistimewaan ini dengan masyarakat umum. Jika ada yang ingin membantu, sangat-sangat dialukan. Sekian, Wassalam... Wallahualam...


Copyright © 2009 HamlatulQuran. By Admin.